Wednesday 9 March 2011





INSTITUSI MASJID AL- ARSHAD,KG TELOK BAGAN

DISEDIAKAN UNTUK  :
USTAZ ABD AZIZ B. HARJIN
PENSYARAH CTU 551
DISEDIAKAN OLEH :
NUR SYAHIRAH BT MOHD KHAIRUDIN
NO MATRIK : 2010299614
KUMPULAN : BMB2Bb
PROGRAM :
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN ( KEWANGAN )
TARIKH HANTAR :
10  MARCH 2011

ISI KANDUNGAN


NO
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1
ABSTRAK
2
2
PENDAHULUAN
3
3
PENGERTIAN MASJID
4 - 5
4
HURAIAN
6 – 9
5
PERANAN MASJID
10
6
MASALAH & PENYELESAIAN
11
7
CADANGAN/ PERANCANGAN
12
8
PENUTUP
13
9
BIBLIOGRAFI
14


1

ABSTRAK
Pengertian dan Peranan umum Institusi Masjid :

Masjid ialah rumah ALLAH dan  tempat berkumpul dan suci bagi umat islam  mengerjakan ibadah, menuntut ilmu, dan mengembangkan dakwah – dakwah  islam kepada umat islam setempat. Masjid juga merupakan medan untuk para jemaah mengeratkan silaturahim antara mereka.
 Selain, tempat untuk mengerjakan ibadah, masjid juga mempunyai peranan – peranan  lain yang boleh di jalankan untuk mengembangkan dakyah islam dan menambah pengetahuan umat -  umat islam terhadap ajaran islam. Pihak yang bertanggungjawab ke atas masjid boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang bersangkutan dengan agama islam, contohnya seperti mengadakan qiamullai, majlis – majlis  tazkirah dan kenduri kesyukuran. Selain mengerjakan solat fardhu di masjid, antara solat – solat lain  yang di jalankan di masjid – masjid ialah seperti solat jumaat bagi golongan lelaki sahaja, solat sunat aidiladha dan solat sunat aidilfitri.



2
Pendahuluan

Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya menjalankan dan menyiapkan kerja kursus CTU551 ini dengan lancar dan jayanya. Tujuan kerja kursus ini di jalankan adalah kerana  kerja kursus ini  merupakan kerja wajib bagi pelajar CTU551 yang menyumbang sebanyak 50 peratus kepada markah keseluruhan subjek ini. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih institusi masjid sebagai bidang yang akan ditulis. Skop penulisan saya adalah berkaitan dengan intitusi masjid di kawasan qariah saya iaitu MASJID  AL – ARSHAD, KG TELOK BAGAN. Melalui penulisan ini, saya berharap agar masyarakat lebih prihatin dan harus bersama – sama menjaga, menghormati dan mengimarahkan masjid kerana masjid merupakan rumah ALLAH s.w.t
  Melalui penulisan saya ini, kita dapat melihat MASJID AL – ARSHAD, KG TELOK BAGAN ini dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek.




3

Pengertian masjid
Masjid dari segi bahasa ialah rumah ALLAH. Manakala dari segi istilah pula ialah tempat mengerjakan ibadah, menuntut ilmu, dan mengembangkan dakwah.  Dalam erti yang sempit merupakan tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. Hal ini terbukti dengan janji yang ditebar oleh Allah s.w.t terhadap orang yang mahu memelihara dan membangunkan masjid. Sabda Nabi saw “barangsiapa membangun dari harta yang halal sebuah masjid untuk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di syurga” . Namun masjid dalam erti yang luas adalah semua bumi Allah s.w.t ini. Hal ini sesuai dengan sabda Rasul saw “…dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yang suci – mensucikan “ . Antara etika di dalam masjid ialah pertamanya hendaklah kita selalu menjaga dan memelihara kesucian serta kebersihan masjid dengan memberikan wangi – wangian, menyapu kotorannya dan lain – lain. Sabda Nabi saw dari Aisyah ra berkata “ Rasulullah saw perintah agar masjid – masjid itu di bersihkan dan di berikan wangi – wangian. “ dalam hadis tersebut terdapat satu dalil bahawa masjid – masjid yang di perlakukan seperti itu mestilah masjid – masjid yang di sediakan untuk kepentingan umat islam secara umum dan bukan masjid yang merupakan milik peribadi dan untuk kepentingan peribadi dan keluarganya Keduanya, di larang keras menjadikan makam – makam para nabi dan orang – orang saleh menjadi masjid.


4
Hal ini di maksudkan untuk saddudz Dzarii’ah agar umat islam tidak mengagungkan benda – benda mati sebagaimana yang dilakukan oleh para penyembah berhala dan patung. Hal ini sesuai dengan hadis Abu Hurairah ra berkata Rasulullah saw bersabda “ Allah telah melaknat orang – orang yahudi yang menjadikan makam para nabi mereka sebagai masjid.”. Dari Aisyah ra berkata “sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah keduanya menyebutkan kepada Rasulullah saw sebuah gereja yang banyak gambar – gambarnya yang pernah di lihat di habsyah kemudian Rasulullah saw bersabda “ Sesunguhnya mereka apabila ada orang soleh yang meninggal maka mereka membangun masjid di atas makamnya dan mereka menggambar beberapa gambar mereka adalah sejelek –jelek makhluk di sisi Allah pada hari kiamat.”. Ketiga, di larang bertanya – tanya dan mencari – cari barang yang hilang di dalam masjid. Dari Abu Hurairah ra berkata rasulullah saw bersabda “ Barangsiapa mendengar seseorang yang mencari – cari barang yang hilang di dalam masjid maka hendaknya dia berdoa semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepadamu kerana masjid – masjid itu tidak dibina untuk hal ini.”.  Keempat, di larang untuk berjual beli di dalam masjid. Dari abu hurairah ra bahawa rasullulah saw bersabda “ apabila kamu melihat orang yang berjualan atau membeli jualan itu di dalam masjid maka katakan kepadanya ‘semoga ALLAH tidak memberi keuntungan kepada daganganmu’. Alasannya kerana masjid tidak dijadikan untuk hal ini.  


5
Kelima, tidak saling membanggakan masjid baik dengan ucapan mahupun perbuatan kerana ini termasuk antara tanda – tanda kiamat. Hadis nabi saw dari anas ra berkata rasulullah saw “ hari kiamat tidak akan bangkit sehingga orang – orang saling membanggakan masjid – masjidnya.”. Keenam, melakukan solat sunat tahiyatul masjid setiap kali masuk ke masjid. Hal ini untuk menghormati masjid tempat yang sangat di muliakan ALLAH sebagaimana sabda nabi saw  dibawah ini dari abu qatadah ra Rasullulah saw bersabda “ apabila salah seorang di antara kalian masuk masjid maka janganlah duduk terlebih dahulu sampai dia melakukan solat 2 rakaat.” .solat tahiyatul masjid boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja setelah solat subuh sehingga sampai matahari terbit dan setelah solat asar sehingga matahari terbenam. 








6
Huraian
Pada cuti pertengahan semester lalu, saya telah menjalankan sesi menemuramah salah seorang ahli jawatankuasa masjid AL – ARSHAD iaitu En. Shafee Bin Hassan yang merupakan tok siak masjid tersebut. Di samping itu, beliau juga merupakan orang yang di beri amanah oleh imam masjid tersebut dalam hal – hal yang berkaitan menjaga dan menguruskan kebersihan, keadaan dan kemudahan masjid tersebut.   Menurut beliau, masjid ini telah lama di dirikan di kawasan tersebut sebelum beliau menetap di kawasan itu lagi.


7
 Anggaran masjid itu mula di tubuhkan ialah 60 tahun yang lalu. Masjid itu telah dibina semula kepada keadaan yang lebih kukuh khususnya pada bahagian jemaah wanita pada tahun 1990-an.
Senarai ahli jawatankuasa masjid ini terdiri daripada :-
Pengerusi
Hj Abd Talib b Hj Jaafar
Setiausaha
En Ramli b Safar
Bendahari
Tuan Imam
Tok bilal
1.Hj Ahmad Jamaluddin
2. Hj Harun
Tok siak
1.Hj Romli b Hj Ismail
2. En Shafiee b Hassan




8
Dari segi kemudahan pula, kemudahan yang terdapat di dalam masjid itu serba lengkap dan mempunyai alat penghawa dingin bagi keselesaan para jemaah untuk menunaikan solat di situ. Antara kemudahan yang terdapat di masjid tersebut ialah sejadah, telekung, tandas, tempat mengambil wuduk dan alat –alat yang di gunakan untuk menyempurnakan jenazah.
Bagi situasi tanah perkuburan juga tidak ada masalah, kawasan tanah perkuburan masih mencukupi bagi menampung jenazah orang yang meninggal dunia dalam kawasan qariah tersebut. Ini kerana, masjid tersebut mempunyai 2 kawasan tanah perkuburan yang terletak di belakang masjid dan bertentangan dengan kawasan masjid.
Menurut En. Shafiee lagi, antara orang penting yang pernah melawat masjid tersebut ialah Sheikh Fisol yang merupakan orang penting di dalam pejabat agama di negeri kedah.






9
Peranan masjid
Masjid al – arshad ini mempunyai peranan umum yang sama seperti masjid – masjid yang lain. Antaranya ialah solat  fardhu secara berjemaah, solat sunat hari raya, perarakan maulidur rasul, tadarus al – quran, qiamullai dan kenduri kesyukuran.
Akan tetapi masjid al – arshad menjalankan aktiviti  mingguan seperti berikut :-
Pada setiap hari jumaat akan di jalankan kuliah al – quran, mengajar, dan mengaji yang di sampaikan oleh Sheikh Roslan b Abdul Halim iaitu imam besar masjid zahir yang terletak di tengah – tengah bandar alor star. Berikutnya pada hari sabtu pula di jalankan kuliah fardhu ain pada sebelah malam hari yang dihadiri oleh anak – anak qariah dan juga luar qariah. Kuliah ini di jalankan oleh ustaz Haji Said b Abdullah iaitu bekas imam masjid zahir. Seterusnya pula, di adakan kuliah subuh pada setip pagi jumaat yang dipengerusikan oleh ustaz Hj Idris b Hj Ahmad yang di hadiri oleh anak – anak qariah tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ustaz ini menurut En. Shafiee ialah merupakan seorang pesara, yang dahulunya berkhidmat sebagai imam masjid. Akhir sekali ialah program tazkirah yang di adakan sekitar pukul 12 tengah hari sebelum solat jumaat di masjid tersebut. Tazkirah ini di sampaikan oleh ustaz Lutfi Amir Abdullah. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Walau bagaimanapun, ustaz – ustaz yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti – aktiviti di atas tidaklah tetap aktiviti yang di pengerusikan. Mereka akan bergilir – gilir sesama mereka bagi melaksanakan aktiviti – aktiviti tersebut.  
10
Masalah dan penyelesaian
Masjid al – arshad ini mempunyai  masalah yang serius yang di hadapi mengikut En Shafiee. Masalah tersebut ialah mengenai kes kecurian duit tabung masjid yang agak kerap berlaku dalam tempoh setahun. Kecurian ini berlaku pada waktu – waktu di mana tidak terdapat orang yang berada di dalam kawasan masjid tersebut tidak kira sama ada siang atau malam. Orang yang melakukan kecurian ini bertindak dengan mengopak tabung masjid tersebut. Anggaran kehilangan duit tabung tersebut berlaku ialah 2 kali dalam setahun. Mengikut kepada pendapatan jumaat kutipan masjid iaitu sebanyak RM 1800 sebulan, jumlah kehilangan duit tabung tersebut boleh dianggarkan oleh pihak masjid tinggi. Akan tetapi, pendapatan jumaat ini di jaga oleh imam masjid itu sendiri yang di mana di simpan di dalam bank bagi tujuan keselamatan. Masalah lain ialah berikutan bilangan para jemaah yang ala kadar pada waktu malam di masjid tersebut.
Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa masjid telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah – masalah tersebut. Kata peyelesaian yang telah di ambil oleh pihak masjid ialah dengan mengubahsuai bentuk tabung yang sedia ada kepada bentuk yang lebih efektif untuk menghindari masalah ini dari berulang lagi. Menurut beliau lagi, jika masalah ini masih berulang lagi pada masa hadapan, pihak masjid mungkin akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam kawasan masjid tersebut.

11
Cadangan dan harapan
Di samping itu, pihak masjid al – arshad telah berbincang sesama mereka dan bercadang untuk membina masjid 2 tingkat, iaitu menambah masjid yang sedia ada kepada 1 lagi tingkat pada bahagian atasnya yang berkemungkinan akan menjadi kawasan para jemaah wanita. Hal ini masih lagi dalam proses perancangan dan pertimbangan ahli – ahli jawatankuasa masjid. Ini di sebabkan oleh masjid tersebut tidak cukup untuk menampung para jemaah pada waktu – waktu penting seperti solat jumaat dan solat sunat hari raya. Perkara ini amat berat untuk terlaksana kerana modal yang diperlukan untuk membina masjid 2 tingkat ini memakan belanja yang sangat besar dan pihak masjid memerlukan biaya yang banyak.
Oleh hal yang demikian, harapan yang di impikan oleh ahli – ahli  jawatankuasa ialah agar cadangan yang di rancang akan menjadi kenyataan dan harapan En Shafiee dan saya sendiri ialah agar lebih ramai anak – anak qariah yang akan datang ke masjid al – arshad ini untuk berjemaah bersama – sama dan mengimarahkan masjid.





12
Penutup
Melalui ini dapat di buat kesimpulan bahawa masjid merupakan sebuah institusi yang mulia dan penting di sisi ALLAH s.w.t dan haruslah untuk kita sebagai hamba – NYA untuk menjaga, memelihara dan membangunkan masjid tersebut. Dalam konteks masjid al – arshad, masjid ini di jaga dalam keadaan baik dan sempurna. Selain itu, kemudahan yang di sediakan kepada para jemaah sangat lengkap. Pihak – pihak masjid juga membangunkan masjid tersebut dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang berunsurkan keagamaan kepada para jemaah untuk memberikan ilmu yang bermanafaat kepada mereka. Walaupun masjid merupakan tempat yang mulia, namun terdapat segelintir masyarakat yang tidak menghormati masjid tersebut dan sanggup melakukan perkara yang tidak baik seperti yang berlaku kepada masjid al – arshad iaitu kecurian. Umat islam harus sedar dan menghormati institusi masjid, jika mereka mempunyai ilmu yang dalam dalam agama, perkara seperti itu tidak akan berlaku. ALLAH juga telah menjanjikan syurga kepada umatNYA yang mahu memelihara dan membangunkan masjid. Selain itu, kita juga akan mendapat fadilat yang besar jika kita bersembahyang di rumah ALLAH berbanding di tempat – tempat lain. Oleh itu kita mestilah beramai – ramai mengimarahkan masjid kerana kita akan mendapat banyak kebaikan dan pahala daripadanya.


13
Bibliografi

1.    EN SHAFIEE BIN HASSAN ; TOK SIAK MASJID AL – ARSHAD, KG TELOK BAGAN
2.    BLOG. RE. OR. ID > FIGH > HAL – HAL YANG BERKAITAN DENGAN MASJID
3.    RAHMAT BLOG
4.    MASJID AL – ARSHAD , KG TELOK BAGAN










14